jualbelitanah

laman web ini memaparkan urusan jual beli tanah di Kelantan, sekiara ada penawaran dan permintaan di negeri lain pihak saya mengalu-alukan

Tuesday, September 05, 2006

Jual Beli Tanah di Kelantan 2006

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Sebarang pertanyaan boleh tel saya 017 9721133 atau e mail: w_wann@yahoo.com.

Senarai Hartanah yang ingin dijual:

1. Kebun Getah (telah ditoreh 5 tahun) seluas 5 ekar.
Lokasi : Kg Jedok, Tanah Merah, Kelantan.
Harga : RM38.000/ekar (Boleh Dirunding)

2. Tanah Kosong, seluas 2.800 ekar.
Lokasi : Kuala Balah, Jeli, Kelantan
Setatus : Rezab Melayu
Harga : RM5.000/ekar.

3. Kebun Getah, seluas 200 ekar.
Lokasi : Dalam Jajahan Gua Musang.
Status : free hold
Harga : 4 juta (tidak boleh runding)
Lain-lain maklumat: pokok getah tua, boleh tebang jual batang getah, berhampiran jalan raya.

4. Lot Rumah, 250 depa. Tepi Jalan.
Lokasi : Jalan Jeram Pasu, Pasir Puteh, Kelantan.
Harga : RM35.000/lot. ada 2 lot sahaja.

5. Kebun Kelapa Sawit. 250 ekar.
Lokasi : Terengganu, tempat terperinci jika berminat sila hubungi saya.
Harga : RM25.000/ekar (boleh dirundingkan lagi)
Umur kelapa sawit 10 tahun.

6. Tanah Kosong. 1.800ekar.
Lokasi : Batu Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan
Harga : RM7.500/ekar.

7. Lot Rumah. 0.637 meterpersegi.
Lokasi : Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas (jalan Lama) Pasir Mas
Harga :RM35.000 (tetap)

8. Kebun Getah, 16 ekar.
Lokasi : Jabi, Jertih Terengganu.
Getah tua ada sedikit yang lain tanah kosong.
Harga :RM17.000/ekar.

9. Tanah Kosong, 2 ekar.
Dekat kawasan Tok Bali, Bachok Kelantan
Harga RM120.000/ekar.

10. Kelapa Sawit. 108 ekar. (ada bonus)
Lokasi : Kg, Pria, Gua Musang, Kelantan
Pokok berumur 9 tahun
Harga : RM19.000/ekar (boleh dirunding)

11. Kebun Getah 45 ekar.
Lokasi: Dewan, Labok, Machang, Kelantan
Harga: RM23.000/ekar - (azam)

12. Lot Banglow,
Lokasi : Benut Susu, Pasir Mas, Kelantan
Harga : RM25.000/lot

13. Tanah Kosong. 10 ekar.
Lokasi: berhampiran kawasan minyak ..kertih, Trengganu.
Harga: RM120.000/ekar. (boleh dirundingkan)

14. Tanah Kosong. 5 ekar
Lokasi : Jalan leburaya Pasir Mas -Rantau Panjang.
tepi leburaya
Harga : RM120.000 ekar

1 Comments:

  • At 10:39 PM, Blogger hjrozman said…

    SEMINAR PEMBANGUNAN USAHAWAN PEMAJU HARTANAH MELAYU
    Tempat: HOTEL ARMADA, PETALING JAYA, SELANGOR
    Tarikh: 22 NOVEMBER 2006
    Masa: 8 pagi hingga 6 petang
    Bayaran:RM100.00 seorang
    Ahli Gerakan Belia 4B Malaysia diskaun 20%

    DAFTAR PENYERTAAN SILA HUBUNGI:
    admin@hartanahmelayu.com

    Mari kita duduk bincang sama-sama dan mengumpul input serta mewujudkan jaringan komuniti Usahawan Pemaju Hartanah Melayu samada memajukan tanah- tanah freehold, leasehold mahupun Tanah Rezab Melayu, Tanah Adat dan sebagainya. Matlamat utama seminar ini adalah:-

    1. Menjana perkembangan Usahawan Pemaju Hartanah Melayu. Menyedari tidak adanya satu pun Program Pembangunan Usahawan Pemaju Hartanah bagi menggalakkan orang-orang Melayu bergiat cergas menyertai perniagaan ini oleh Kerajaan mahupun Agensi-Agensi Kerajaan & Swasta ataupun Universiti/Kolej; sedangkan kaum lain telah berjaya menguasai industri ini secara generasi ke generasi

    2. Memartabatkan nilai Tanah Rezab Melayu yang kini dinilai kelas ketiga ( berdasarkan penilaian yang diberikan oleh pihak bank perdagangan yang memberi nilai kelas pertama dan kedua kepada tanah-tanah freehold dan leasehold). Bank-bank perdagangan yang bersedia meminjamkan modal pembiayaan kepada pemajuan Tanah Rezab Melayu pula tidak meluas selain bermacam-macam lagi syarat-syarat ketat yang sebenarnya tidak mahu memberi pinjaman. Hakikat sebenarnya tidak banyak syarikat Pemaju Perumahan kaum lain ataupun korporat yang mempunyai berjuta-juta RM sendiri apabila hendak melaksanakan projek perumahan sebaliknya mohon disokong dan dibantu oleh pihak bank perdagangan menerusi pelbagaian pembiayaan berdasarkan 'kepercayaan' track record turun-temurun syarikat, spekulasi pasaran, produk kreatif dan lain-lain!

    3. Memartabatkan Bangsa Melayu. Kita tidak bertujuan menyalahkan sesiapa, sebaliknya jika ada kesedaran kita sebagai orang Melayu hanya aktif sebagai pembeli, menerima segala bentuk produk dan spekulasi pasaran, hingga akhirnya kita kecundang dan mula begerak keluar dari lokasi hartanah yang satu ketika majoritinya orang Melayu apabila projek pembangunan hartanah dimajukan tidak melihat kepada kepada kemampuan ekonomi bumiputera tetapi sebaliknya berdasarkan kepada nilai kewangan lokasi!

    4. Memartabatkan Ekonomi Melayu. Percayalah, hasrat Kerajaan memang murni bila merencanakan pelbagai dana, insentif dan galakan kepada usahawan Melayu/Bumiputera dalam bidang kontraktor, IKS, perkhidmatan, peruncitan dll, tetapi ianya tidak boleh berkembang kerana asas perniagaan ini iaitu Industri Pembangunan Hartanah tidak dipecahkan dan diberi perhatian. Kita perlu wujudkan lebih ramai Usahawan Pemaju Hartanah Melayu kerana apabila wujud ramai Usahawan Melayu ini, barulah secara SEMULAJADI kontraktor-kontraktor Melayu, Pengilang Produk Pembinaan, Peruncit dan pengedar bahan binaan dan perkhidmatan dan lain-lain usahawan yang berkaitan berkembang.
    Tidak mungkin Pemaju bangsa lain akan melantik kontraktor utama dan sub Melayu kerana mereka ada jaringan sendiri yang terbentuk sekian lama, selain dari kontraktor Melayu tidak berpengalaman dan kekurangan modal!

    Oleh itu, dengan wujudnya SEMINAR PEMBANGUNAN USAHAWAN PEMAJU HARTANAH MELAYU ini diharapkan akan dapat menghubungkan hasrat kita kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri agar:

    a. Mewujudkan Skim Galakan/Motivasi kepada Bakal-Bakal Usahawan Pemaju Hartanah terutamanya kepada Belia-Belia Melayu yang berpendidikan Universiti/Kolej dan yang berminat dalam perniagaan.

    b. Memohon kepada Kerajaan Malaysia agar mewujudkan pelbagai Insentif kepada Usahawan-Usahawan pemaju Hartanah Melayu khususnya MEWUJUDKAN DANA USAHAWAN PEMAJU HARTANAH MELAYU (KE ATAS TANAH PEMBERI-MILIKAN, TANAH REZAB MELAYU, TANAH WAKAF & TANAH ADAT).

    c. Mewujudkan sebuah badan Pemantau bagi mentauliahkan sesebuah syarikat Pemaju Hartanah Melayu dan memberi nilai berdasar pengalaman dan kualiti produk serta etika perniagaan.

    DAFTAR PENYERTAAN ANDA SEKARANG!
    LAWAT LAMAN WEB RASMI www.hartanahmelayu.com iaitu Portal yang pertama mewujudkan Komuniti Usahawan Pemaju Hartanah Melayu.

    AKAN MENYUSUL TIDAK LAMA LAGI E-BOOK
    `RAHSIA MEMULAKAN PERNIAGAAN PEMAJU HARTANAH'

    Pakar & bijak pandai ekonomi selalu mengatakan bahawa Sektor Hartanah merupakan "KEY INDICATOR" kepada ekonomi sesebuah negara. Habis tu tunggu apa lagi, langkah pertama sertai kami di
    www.hartanahmelayu.com !

     

Post a Comment

<< Home